Sunday , April 23 2017
Home / Gossip Panas / Stacy menafikan gosip dia peluk Islam (4 Gambar)

Stacy menafikan gosip dia peluk Islam (4 Gambar)

Stacy ketika ditemuramah telah menafikan dia kini sudah memeluk Islam dan menganggap gosip itu sebagai melampau kerana melibatkan agama dan keluarga. Selain itu, dia menyifatkan berita tersebut sebagai palsu. Gosip tersebut mulai viral apabila sebuah portal hiburan menyebarkan sekeping gambar Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz.

Dipetik Stacy berkata

Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak kelmarin (Rabu) sehingga semalam (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Adakah lelaki dalam gambar ini kekasih Fasha Sandha?

Fasha Sandha telah mengakui kepada media bahawa dia kini sedang berkenal rapat dengan seorang jejaka ...

counter statistics