Salam takziah kami ucapkan buat penyanyi, Nora di atas pemergian suami yang dikasihi, seorang komposer terkenal tanahair, Johan Nawawi. Johan telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi tadi.

Kami difahamkan, Johan dibawa ke pusat perubatan itu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dan dia telah disahkan meninggal dunia oleh isterinya dalam satu kiriman ringkas mesej suara kira-kira jam 6.30 pagi.

Anak Allahyarham telah memaklumkan bahawa ayahnya meninggal dunia disebabkan serangan jantung.