Thursday , December 8 2016
Home / Gossip Panas / Suhaila balas jawab isu suaminya, Jimmy Shanley

Suhaila balas jawab isu suaminya, Jimmy Shanley

Hari ini dalam mStar Online, isteri kepada Jimmy Shanley, Nursuhaila telah membuka mulot untuk menceritakan perihal lakinya itu yang pelik Forever Alone. Asyik dengar dari mulot Jimmy je kan? So skang dari mulot isterinya sendiri. Uols boleh bace direct dari mStar Online atau jikalau uols rase uols hensem & cantik, sila bace berite penuh after the jump.

PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

“Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

“Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,” ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang “pelik” dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

“Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

“Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum,” ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

“Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

“Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,” ujarnya.

Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.

Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

“Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

“Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?” soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.

Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

44 comments

  1. ckp..da ckp..jwb..da jwb..pastu? tetap xde penyelesaian..tak tahu dah mana satu antara diorg bdua ni yg betul..hanya Allah Maha Mengetahui..

  2. malas amek tahu hahaa

  3. xde orang nak amik port pasal aku pulak ke? aku retis apa. hahaha. xD

  4. see. dah jawab kedua2 nya.. tapi masing2 of cos lah nak perbetulkan apa yg tak betul, apa yg kita tak tahu. lagi poning aku polow citer ni. apa2 pun aku doa kan yg terbaik lah tuk korang.

  5. HIDUP KENA SALING MELENGKAPI….

  6. susah nak cakap..even 2,2 da bagi statement pon, tak tahu sape betul,sape tidak..yang elok nye, duduk bersama cari kata sepakat..tak kan privacy hal pon asyik nak kluar media..malu laa beb..

  7. aper yg penting,kerjasama…..

  8. sudah2 lah tu, sbgai istri mf kn lah jimmy demi ZAHRAH SHANLEY buang smua yg keruh tu bina hdup baru smula

  9. Pada saya, dia ni spoilt brat.Bayangkan selepas berkawin, masih nak berparti dgn kengkawan2 dia.Mesti lah nak kene pelempang,Dan, sebgi pompuan yg baru bergelar istri, dia tak biasa dgn suami yg mengatakan "TAK BOLIH" sbb dia dah biasa dgn BOLIH je (anak tunggal jutawan katakan).Jimi lak, patut ambil pendekatan memujuk bukan dgn pelepok.Ye lah, darah naik bila bini menjawab pulak kan?Sama2 darah muda.Pada saya, dua2 blm matang utk menjalani kehidupan suami istri.Kesian saya pada zuriat yg baru lahir tu.

    • yup…. 2 2 sengal… tp apa pun sebagai seorang lelaki jgnlaaa ikut sedap hati jer nak pukul isteri… tu kira bangang tuh…. yg isteri pulak kan ker spoil brat kenalaa pepandai handle… nak kawen anak org kaya… tp x th nak handle.. handle dgn pelempang mmg biadab laaa kan…. tu laaa nak kawen jerk.. tp tak ready mentally…. 2 2 bebal!

    • betullah kata kau.dah kawin nak enjoy kat disco lagi memanglah nak kena penampor tu.tengok muka pun macam org tua je dgn botox segala renti-renti kanlah.

  10. jimmy ni muke xkaki pukul tp xsgka lak..tp isteri dia kena fhmla hidup bujang dengan da berkahwin berbeza situasinye..dahulukan suami bukan kwn2..kalau pun jimmy tu xramai kawan npk mcm anti sosial tp itu diri dia blja terima siapa suami kita la kan name pun kwen..yg suke bersosial tu kurang2 kan la ni da beranak pinak xkan nk join member yg masih ke club plak..haha tp paling xtahan bini dia ni gila publisiti gak erk..siap tnye nape mse nikah kawan2 artis laki dia xdtg..eh ko ni nk kwen ngn jimmy ker kwn2 glamor jimmy tu??

    • yep ! setuju..bile kite da bernikah,bermakna kita da siap sedia terima diri si suami seadanya..syurga kan di bawah telapak kaki suami..

  11. ape2 pon…bg aku lakan,isteri kene taat pada suami.x leh la ikut mcm bujang.x yah la ko kate ko dah buat jahat…baru laki nak marah or sepak ko.kalo ko ikut ckp die gerentila x denye die nk wt cenggitu pd ko…..ko pon agknye dah x d bg,pas tu melawan lak,buat keras kepala. kalo sifat ko kasar pon x kan sampai laki kene ikut cakap ko…..

  12. gigiputihberseri

    anak manja ke..anak tak manja ke..it's something weird when somebody bgelar suami yg bru dikahwini bbrp hari pandai2 nk mengajo bini guna tangan..tq

  13. alang2 dok menyemakkan page surat kabar dgn criter gaduh2 mulut ni, elok buat siaran langsung debat laki-bini. 3 jam pon aku x kesah. Cuba try test tgk, malu ke x dok bergaduh dpn orang awam.

  14. pn suhaila..ingat satu perkara je..bile kiter sudah berkhawin..wajib taat kepada perintah Allah n kedua suami…x cium bau syurga jika tidak metaati suami ,,selagi suami itu tidak menyuruh kearah kemungkaran…mmg patut isteri tu dipukul n ditampar coz hidup mcm org bujang….

  15. Syurga anak berada dibawah telapak kaki ibu.. syurga saorg isteri dibawah telapak kaki suaminya.. Nursuhaila ni x tau ke atau buat2 x tau.. Kalau engkar dgn suami mmg patut pun dia kena penangan..

  16. Dah x nampak pun kasih syg & rasa cinta antara diorg berdua. kalau kembali bersama tapi x bahagia pun buat ape. matlamat perkahwinan kan utk mencari kebahagiaan. kalau rasa dah x boleh terus… fikirkan jer cara penyelesaian yg lebih baik. anak tue, insyaallah akan hidup bahagia, wlaupun parent dah x bersama.

    • adriana : ko raser berpisah adelah care tebaik ke?ko mendoakn keruntuhan rumh tangga org daaa..

      • putri: susah nak komen kan. kita doa kan yg d'best je lah tuk depa tu. Ada HIKMAH disebalik kejadian ni. ALLAH SWT jua tahu mana yg terbaik utk UMATNYA.

      • berpisah bukan cara terbaik… tapi kalau dah takde rasa cinta di hati, dah takde rasa kasih syg, hormat menghormati…buat per der nak teruskan perkahwinan. ko suka ler diorg hari2 gaduh cam ni…seronok yer baca citer pasal diorg.. dah terang2 si suhaila x nak kat jimmy. buat per deh jimmy nak terhegeh2 simpan dia. perempuan ramai…berlambak kat luar. yg lebih baik & setia pun masih ramai. cerai tu paling di benci oleh Allah…tapi hukumnya tetap halal…

        • betol.. masalahnyer org ramai tak paham… tu yg da kena pelempang sepak terajang bagai pun still konon taat pada suami… (ni kes lain hehe) then ader yg bini dah terang2 curang pun duk simpan… tabu sgt laa konon bercerai… org melayu ni suka baca then tak kaji… pls read between the lines… setiap hukum Islam tuh mendalam maksudnyer… samala mcm kawen.. ni tak main kawen jerk… tp x ready jd suami or isteri

      • jagan baca kat sini jer.. kat paper/blog lain ckp pasal info lain lak. katanya suhaila nekat nak mohon cerai cuma jimmy jer yg masih x mau. deyyy bini dah x mau lagi… buat per nak simpan. jimmy tu nak tambah dosa bini dia byk2 ker. x tau ker seorg isteri tu bule tarik suaminya ke syurga atau ke neraka kelak nanti..

        • pasal dia tak tahu laa dia wat gitu… lelaki yg ego…. dia taknak lepaskan so dat bila dia dapat boleh dia bg sedas 2 pelempang lg kot….

        • tu la pasal. kalau dah takde rasa cinta, bila bertentang mata asik bergaduh je, lebih baik bercerai aje la. drpd asik tmbh dosa, suami dayus taknak lepaskan isteri derhaka, isteri derhaka pada suami sbb taknak ikut cakap suami. bercerai lebih drpd baik drpd duduk dlm situasi yg makin panas.

  17. baca dlm gua.com ada info lain lak. suhaila nak teruskan cerai, tapi jimmy tetap x mau. apoda jimmy, dah sah2 pompuan tue dah x nak kat ko…yg masih terhegeh2 apasal. kalau baik sgt, pegi la cari pompuan yg lebih baik. kan lelaki yg baik utk perempuan yg baik & begitu juge sebaliknya. kata.. lelaki lebih ramai dari pompuan… rasa x susah deh nak cari penganti. atau ko dah tamak kan harta si suhaila tue. maklumlah anak tunggal jutawan. siapa yg kawin dgn dia, dialah jadi pewaris kan. sudah2 lah jimmy, pi lah cari bini lain. bini yg sekrg dah x mau kat ko dah…

  18. klu dah x sesuai berpisah saja.. baru kawin pun dah kena pukul .. nak kena tunggu kena pijak pula ka..

  19. susah nak cakap kan….kalau isteri tak buat perangai takkan suami naik hatu nak pukul sebarangan…..melainkan ada sebab dia berbuat begitu

  20. jimmy tuu asik nak mengadu kat mak mentua dia jerr . baik die kawin dengan mak mentua dia jerr, jangan kawin dengan suhaila nii . hahahahaha .

    • da si bini xsudi nk mgadu domba..so tpkse la pegi kat mak..jimmykan ank yatim piatu..mestila dia tnyer org tue..tp ade org kate ank tu bkn ank jimmy tul ker? sal bini dia sosial thap gaban

      sebelum kwen

  21. baru kawin 3 hari dah kena tabuh , kalau duduk setaun silap2 lebam habih badan , org baru kawin kena pandai pujuk2 baru la hati bini lembut bukan guna cara kasaq ,mau bini x lari,

  22. sape jelah yg betul ??hmmm..

  23. aduhhh…KENAPA MESTI MEMBURUK KAN DAN MENUNJUKKAN KELEMAHAN PASANGAN MASING2…SEPATUTNYA MEREKA FAHAM ERTI SEBUAH PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN..

    KITA BIAR KAN LAH MEREKA MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.JGN KITA PULAK YG LEBIH2.KITA SAMA2 DOA KN MEREAKA

    KITA BIAR KAN MEREKA..XPAYAH LA BUAT ENTRY TENTANG MEREKA..LAGI DILAYAN..MCM2 CERITA KELUAR NTI…

    • hmm..tapi msyarakat kite ni suke nak amik tahu hal org..lg sensasi lagi besar terpampang d dada2 akhbar..cam ne tuu ? cecite sikit..

  24. Puas ke 20 hari aje memantat ?

  25. What? Sbb bertunang tiada famili ramai dtg? Kan Jimmy anak yatim piatu! Tiada ramai kawan dtg? Tunang je pe, ramai buat pe! Kawen artis2 tak dtg? Ishh..harapkan majlis artis2 ramai dtg ke Wedding of The Year ke, tu yg frust?! Bru 2-3 dtg nk kluar rumah jumpa kwn2, bla tak dapat, derhaka pd suami? So kena pukul tu sal ape?? Citelah sbb kna pukul?? Kena pukul cite sbb kena pukul tak lak??? TAK LEH BLAH DGN ALASAN2 REMEH tu smpai sanggup derhaka pd suami! Spoil brat! Jimmy, cari lain lah…not worth it!!

  26. pantang datuk nenek aku lelaki angkat tngn kt perempuan..pada aku,itu bukn jln terbaik mendidik isteri..sepattnya si suami hrus lebih peka menasihati isteri sehabis boleh dgn penuh kelembutan agar si isteri merasa teng dan faham apa yg dimaksudkan..jgn asyik melulu je..nk ubh manusia yg telah sedia begitu memg sush manakn boleh berubah skelip mata..berikan dia masa mengubah hidupnya..berikan kata2 hikmah yg membina bukan dgn kekasaran..lambat laun hati isteri tersentuh dn akhirnya pasti bahgia..jimmy pula kena jga brubh ke arah lebih baik lg untuk menjadi suami yg soleh serta dikagumi…

  27. Lebih baik berpisah kalau tak sehaluan lagi…dan kalau dari awal sudah pandai memukul lebih baik tinggalkan saja……jangan asik nak suruh perempuan taat je….kauw hawa jangan biarkan diri di tindas……watak luaran tak sama dengan dalaman…sesetengah orang ni pandai berlakon…..

  28. Dh tentu br kwin,mn ada pnglmn nk handle mslh..

    Bg yg ada mslh prkahwinan,jom kt sama2 ambil kitab panduan Al Quran.Bacalh beberapa potongan surah An-Nisaa yg berkaitan dgn prkahwinan.Sbg muslim,kt dlm golongan paling bertuah krn tlh dkurniakn panduan yg wajib diimani.Igtlh,syaitan berjanji utk mnyesatkn hgga hr kiamat.Ketika solat pn syaitan mengganggu inikn pula sesuatu yg halal cuba dilaksanakn…

    Terjemahan surah An-Nisaa ayat 35…

    "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka,iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri) berpakat baik.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri…"

  29. pergghh…aib giler statemnt nie…dayus kalu x dilepaskan isteri mcm nie…kalu dh x suke awat hang kawin ngan mamat nerd tu…dua2 trouble…stndrd pompuan bibir kena sengat tebuan…mulut..kot aku pon makan penapor la gamak nyer..aku gerenti si jimmy x tahn ngan mulut betina nie..tu yg kena sedas tu

counter statistics