Wadi Al-Salaam merupakan tanah perkuburan orang Islam yang terbesar di dunia. Ia terletak di kota suci Najaf, Iraq. Tanah perkuburan ini mempunyai keluasan sebesar 1485.5 ekar yang mengandungi berjuta-juta kubur. Berita difahamkan bahawa tanah perkuburan ini sudah beroperasi sejak 1,400 tahun dahulu!