Jeng! Jeng! Jeng! Terperanjat jugak kami terima email ni. Masakan masa awal tahun ini, heboh gosip apabila Awi Rafael mempunyai tatoo di badan dan gosip menuduhnye sentiase memakai baju lengan panjang untuk menutup tatoo di badannye.

Ketika itu, Awi Rafael menafikan gosip tersebut dan mencabar mereka yang menyebar gosip untuk menunjukkan gambarnye bertatoo. Salah seorang peminat Media Malaya telah menghantar dua keping gambar dengan kiriman teks bertajuk Awi Rafael penipu serta keterangan bahawa Awi Rafael mempunyai tatoo di lengan dan bahu serta satu gambar kelihatan seperti dia sedang memegang segelas air beralkohol.

Kami tidak berani mengesahkan kebenaran gosip ini. Biar tuan punye badan, Awi Rafael memberi jawapan mengenai isu ini.

super-impose dan sekadar hiasan.