Sumber ini diambil dari squad kaki gosip di Cari. Menurut mereka, Nurul Wahab, bekas isteri kepada Ajai dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi. Ini kerana, mata-mata yang memerhati mendapati Nurul ada mengunjungi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mendaftar bakal suaminya memasuki agama Islam.

Menurut mereka lagi, bakal suami Nurul bernama Mr. Eric Depp dan memegang jawatan presiden syarikat produk kesihatan Herbalife. Gosip mengenai mereka berdua ini sudah lama diperkatakan namun tiada kata putus dari mulot Nurul sendiri menjadikan gosip ini sepi begitu sahaje.