Gambar hiasan

Kami labelkan sebagai Super Gossip kerana berita ini lawak dan tidak masuk akal. Berita kematian artis sering dipermain-mainkan. Kami pun terkena tempias ini pada minggu lepas. Awal minggu lepas, berita dikejutkan dengan khabar angin bahawa pelawak veteran, Osman Kering telah meninggal dunia walhal hakikatnye dia masih dirawat. Tak apalah, itu disebabkan miss-communication antara orang terdekat pelawak itu dengan pihak media.

Kes yang terbaru, Remy Ishak juga menjadi mangsa khabar angin bahawa dia telah meninggal dunia, kelmarin. Topik Remy meninggal dunia menjadi bahan bualan pengguna laman sosial twitter. Tidak pasti apa punca penyebaran khabar angin itu, Remy menafikan gosip itu sebaik dia bangun daripada tidur petang semalam. Yela kalau dah meninggal dunia, macam mana nak nafikan pulak.

Sumber dipetik: Murai Batu