Thursday , September 29 2016
Home / Isu Semasa / Super Hot: Muamar Gaddafi mati ketika bertempur dengan pemberontak

Super Hot: Muamar Gaddafi mati ketika bertempur dengan pemberontak

Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.

“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. GAMBAR & VIDEO mayat Gaddafi after the jump.

Sumber dipetik: Utusan Malaysia

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

03-rakaman-kemalangan-maut-gokart-mediamalaya

Rakaman & Gambar Kemalangan Maut Go Kart EIMARACE 2016

Kejadian kemalangan maut ketika perlumbaan EIMARACE 2016 di Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan.

28 comments

  1. Tahniah pasukan revolusi…tahniah kerana telah berjaya menggadai negara sendiri. Tahniah juga kerana berjaya menjayakan hasrat penjajah-penjajah itu nak ambil alih Libya. Tahniah kerana akan menjadi 'kerbau yang dicucuk hidung' selepas ni.

    Ya Allah, lindungilah negaraku yang amat kusayangi ini daripada pengkhianat-pengkhianat agama, bangsa dan negara. Lindungilah negaraku ini daripada jatuh ke tangan perosak. Amin…

  2. Tahniah juga buat Norma juga kerana melalut.

  3. ikut sgt ckp amerika tu.. xpsl2 gadaikan negara sendiri.. sebijik mcm cerita saddam hussein dulu..

  4. @kamal: Norma Jean melalut ke kamu yg ke laut?
    Kamu Kamal suka tengok negara huru hara ya? 🙂

  5. I think si Kamal ni yang melalut. Libya ni terlalu syok nak gulingkan Gadhafi sampai termakan pujuk rayu negara barat. Kita tgk nnt apa jadi dgn negara ni.

  6. Kalau takut, maka jadilah kerbau cucuk idung sampai mati

  7. memang patut beliau digulingkan. kalau dari awal2 menyerahkan puncuk pimpinan takdelah jadi mcm tu. sendiri cari bala agak2lah kalau nk memerintah pun takkanlah sampai 42 tahun. tu dah giler kuasa namanya. rakyat menderita kau tak pikir. kau ingat senang2 ke amerika nk ambik minyak diaorg tu woooi. sibuk pasal negara org…negara sendiri dh tergadai, hancus

    • kau ni mmg buta tentang hal2 senario politik dunia la…yg NATO sibuk2 nk serang dan masuk campur hal negara org kenapa..dh sah2 ada agenda tertentu…boleh ke Malaysia mohon bantuan NATO untuk serang negara lain??…

      kau buat bacaan sikit ttg LIbya ni..zaman sebelum Gaddafi..semasa dan sebelum revolusi….

      LOL..

  8. MACAM SAMDOL LA KO NI ISZZ..!!B)

  9. Ni la cth islam skrg..x blh nk bsatu…smua nya nk jaga kepentingan masing2..smua sbuk nk cari kuasa, nk mmerintah…mmg benar dia jg bslh, tp kn blh wat secara aman..x perlu la minta bantuan len hny utk kpentingan diri sndri…ingt US tu bek ke nk tlg Libya..hal negara biar dlm negara je uruskn..ni la sbb nye kalu minta bantuan barat..smua nya hancur…pemerintah yg zalim dan rakyat yg kejam saling bunuh mmbunuh ssma islam hny nk cr kuasa…nmpk sgt politik US tu nk amik kuasa di Libya dn hny bminat nk minyak nya shj…tp rakyat idup merana krn pemerintah yg gila kuasa..ssh btol dgn dunia skrg…xtau sape btol sape slh…kte doakn je agar Malaysia x mcmtu….aminnnn….

  10. kamal n iszz.. awak ni suke tgk negara islam hancur kt tgn kafir ke????? awak tahu x.. dajal yg akan hancurkan negara2 islam tu sape??? org kafir tau!!! Amerika dan israel.. awak tgk x ape jd pd saddam hussein.. pemimpin islam kebanyakkan yg kafir2 ni gulingkan.. dlm islam pun kta, jgn benarkan kafir yg memerintah.. mereka la penghancur islam.. did u know????

  11. dajal besar mmg da smpila..zaman nilah..akhir zaman..

  12. salam..di malaysia saye xtahu mgkin video pembunuhan gadaffi xdikeluarkan..tp di uk kami ditunjukkn video sbenar pembunuhan beliau..saye sebagai umat islam..,mmg sedih melihat keadaan tu..mmg xdinafikan gadaffi sangat jahat dan berlaku kejam terhadap rakyatnye..tp sbgai manusie yg beragame islam kite xsepatutnye membunuh beliau..siape kite untuk mengambil nyawe manusie laen..dalam video tu beliau masih hidup tp dah teruk dipukul la..tp masih bernyawe..mase rakyat2 berkumpul dekat dengan die..,mase tu bunyi tembakan dilepaskan tp xtahu oleh sape..mungkin oleh 1 of the rakyat yg marah dan bersenjate ketike itu..die trus jatuh..masyaallah..for doing that..it makes no diffrents between them n him..biar allah yg tentukan..pas kematian gadaffi..,rakyat die siap menari keriangan meraikan..bukannye nak wat solat ke ape ke..maaflah jike saye seperti salah..hanye pendapat peribadi..

  13. semoge allah mengampuni segale dose2 nye..kite sebagai umat islam..xkire betape jahatnye beliau..,tidak salah untuk mendoakan yg terbaek tuk beliau..

  14. nie apa yg aku bc dr laman web seseorg…lupa pulak yg sape…tp pd tuan umah laman web nie jgn mara yer aku copy kat sini tuk pengetahuan org ramai…coz pd aku sekejam2 gadafi kejam lagi sadam kan…tp kejam mcm mana mereka pun aku ttp sk dia org…hitler,sadam n gadafi pemimpin yg aku sk coz dia org kejam bersebab n kita akan tau lpas mereka dah tiada…

    tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

    1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

    2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

    3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

    4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

    5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

    6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

    7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

    8. Pendidikan adalah percumn;

    9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

    10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

    11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

    12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

    13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

    14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

    15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

    16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

    17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

    18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

    19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

    Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

    Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

    Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

    Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

    Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

    Adios amigos, grasias senor.

    Wallahua'lam & Wassalam.

    Zulkifli Bin Noordin
    Selasa
    13 Zul Qaedah 1432
    11 Okt 2011

  15. Rasanya C KAMAL tak paham apa yang NORMA maksudkan… baca betul2 apa yang NORMA taip KAMAL. Mentaliti mcm KAMAL ni la yg bakal merosakkan negara…

  16. KAMAL takkan diam2. kalau perasan diri tersalah anggap dgn kenyataan NORMa, jgn lah segan2 nak minta maaf…

  17. Atau KAMAL tak abis baca dah bagi komen kut…

  18. kamal ni tali barut us kot.

counter statistics