Monday , September 26 2016
Home / Isu Semasa / Super Sadis: Anak didenda pakai loceng dan makan rumput seperti lembu

Super Sadis: Anak didenda pakai loceng dan makan rumput seperti lembu

Seorang ibu tidak berpuas hati dengan tindakan seorang guru di SJK(C) Khai Meng Sungkai, Perak mendenda anaknya yang tidak menyiapkan kerja sekolah secara melampau.

Laporan Polis telah dibuat oleh Puan Yarnis Kasuma yang kini menjadi viral di Facebook mendakwa anaknya, Mohd Izat Iqbal serta rakannya, Muhammad Naswinder telah didenda memakai loceng di leher mereka oleh guru Chen Yan Yan atas alasan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Lebih sadis apabila anaknya diarah keluar ketika waktu rehat oleh guru tersebut dengan memberikan rumput sambil berkata “Lembu tak buat kerja rumah mesti makan rumput”.

Tambah memalukan, guru tersebut mengambil gambar anaknya menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan kepada rakan-rakan sekelas anaknya serta mahu memuat naik ke laman Facebook.

Baca laporan polis yang dibuat oleh ibu tersebut di bawah.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

haron-din

Dr Haron Din meninggal dunia, dikebumikan di Amerika Syarikat

Salah takziah kami ucapkan buat keluarga Dr Haron Din di atas pemergian arwah akibat komplikasi ...

counter statistics