Ya kami memang cengeng. Berite sedih macam ni boleh buat kami meleleh air mate. Dalam alam haiwan sekalipun, kehilangan mereka yang tersayang itu tidak mudah, begitu juga dengan apa yang dialami anjing ini.

Teman kepada anjing ini telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika cuba menyeberangi jalan raya. Setelah lebih tujuh hari yang lalu, anjing itu masih menjaga pasangannya itu dengan harapan temannya itu akan bangun semula.

Orang sekitar kampung itu yang menyaksikan peristiwa ini menyatakan bahawa anjing itu mengheret pasangannya keluar dari jalan raya selepas ia dilanggar dan tidak meninggalkannye sejak itu. Kisah kesetiaannya tersebar dikalangan penduduk di kawasan itu, mereka yang melalui kawasan itu mendengar rintihan & jeritan menyayat hati si anjing kepada temannya itu dan tidak dapat menahan perasan sedih apabila melihat anjing itu sedia menjaga temannya yang sudah mati. Video after the jump.

Sumber dipetik: Youtube