Zoo ini telah digelar zoo neraka kerana kondisi haiwan di dalamnya yang kebuluran. Zoo terbesar di Surabaya, Indonesia ini suatu ketika dulu merupakan zoo yang mempunyai koleksi binatang yang jarang ditemui.

Namun hari ini, ia bagai mimpi ngeri kerana dibelenggu pembiakan yang tidak terkawal, kekurangan dana untuk kebajikan haiwan dan masalah pekerja yang tidak berdisiplin.

Penjaga zoo bernama Tony Sumampouw yang telah di lantik kerajaan pusat untuk membantu masalah ini telah menarik diri selepas beberapa tahun kerana kecewa dengan masalah yang tiada penyelesaian. Dia mengakui menghadapi masalah untuk mengawal kakitangan yang tidak berdisiplin.

Malah dia percaya kehilangan tiga ekor Komodo telah dicuri oleh penjaganya dan dijual di pasaran gelap. Selain daripada itu, beberapa penjaga zoo bahagian harimau telah dituduh mengambil daging makanan harimau tersebut bertujuan menjual di pasaran tempatan. WTF.