Video ini menjadi viral beberapa hari ini apabila tersebar di laman sosial berkenaan seorang suami yang bertindak dayus membelasah isteri pertamanya di dalam sebuah lif di depan anak-anaknya di sebuah hospital swasta.

Menurut sumber, lelaki yang diberi nama Mohd Fandi kini sedang diburu untuk membantu siasatan. Lelaki yang berkahwin dua ini merupakan seorang penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Veterinar di daerah Jerantut, Pahang. Menurut sumber lagi, lelaki ini merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mengambil peduli apabila anak sulungnya demam panas dan terlantar di hospital, dia didapati muncul di hospital untuk mengambil dua orang anaknya yang masih kecil tetapi dihalang isteri pertamanya membuatkan pergaduhan berlaku di dalam lif.