Setelah sekian lama persepsi negatif terhadap KFC kian dilupakan seperti kes pekerja belasah pelanggan & kes kentang goreng air perahan, kini timbul kisah terbaru yang lebih menjijikkan.

Seorang pelanggan KFC yang telah membeli burger ikan KFC di Drive Thru KFC, Bukit Kemuning, Shah Alam terkejut apabila burger yang dibelinya itu terdapat ulat di bahagian roti.

Lantas dia merekod video dan memuat naik di Youtube pada 12 April lepas dan berita ini menjadi viral di laman sosial. Menurut pelanggan tersebut, dia berasa kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku. Perkara ini telah dipanjangkan kepada pengurusan KFC dan pihak mereka sedang menyiasat perkara ini. Video selepas ini