Tahniah buat pengarah muda, Syamsul Yusof. Sejak merisik Puteri Sarah Liyana tanpa pengetahuan media, kini Syamsul mengejutkan media dengan persediaan sebelum berkahwin dengan membeli rumah bernilai RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur.

Perkara ini diyakinkan oleh ayahnya, Datuk Yusof Haslam ketika ditemubual wartawan Utusan. Datuk Yusof berkata

Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak.