Agak menarik kami baca berita ini semalam, Syamsul Yusof akan kembali mengarah filem selepas difahamkan agak kecewa dan merajuk apabila filem arahannya, KL Gengster 2 telah tersebar sebelum ia sempat ditayangkan dipanggung wayang.

Apabila ditemubual, Syamsul berkata bahawa isterinya Puteri Sarah Liyana yang banyak memberi dorongan dan semangat untuk kembali mengarah filem.

Pada kami, isterinya bukan sahaja pemberi dorongan tetapi mungkin duit saku sudah semakin nipis selepas berkahwin kerana komitmen. Haha just joking Syamsul! Apa pun tahniah Syamsul, semoga dunia perfileman tanahair kembali meriah.