Syura pernah dikaitkan dengan kes keberantakan rumahtangganya di mana gosip mengatakan bahawa dia sudah bercerai pada awal bulan September lalu namun selebriti itu menafikannya dan akui masih lagi mempunyai seorang suami.
Namun suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin yang berada di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam mengesahkan bahawa mereka berdua telah bercerai sejak September lalu. Tujuan dia hadir ke mahkamah adalah untuk membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk secara lisan pada 10 November lepas.
Kes itu terpaksa ditangguhkan sehingga 20 Januari 2015 kerana Syura gagal menghadirkan diri.