Tag Archive | "datuk"

Gossip: Datuk Siti Nurhaliza dan Rumahnya


Saya mendapat gossip panas ini daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan salah satu rumah Datuk Siti Nurhaliza pada asalnya merupakan rumah kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) tetapi disebabkan tidak dapat membayar ansuran bulannya, rumah itu akhirnya di lelong oleh pihak bank, walaubagaimanapun Datuk Siti Nurhaliza sebagai isteri kepada Datuk K telah membeli semula rumah itu daripada pihak bank dan terpaksa membayar semula secara ansuran.

Rumah ini juga pernah terkeluar di dalam sebuah majalah. Agak-agak pembaca’lah, rumahnya yang mana satu menjadi bahan gossip di pagi Sabtu ini?

Adakah rumahnya yang berada di Cameron Highland menjadi perbualan gossip ini? Atau yang berada di Cheras? Rumahnya di Pahang itu sudah nyata terkeluar daripada senarai kerana rumah itu di’duduki oleh ahli keluarganya.

ps: Pesanan buat Datuk Siti, “sayang suami ditinggalkan”.

Posted in Gossip PanasComments (5)

Datuk Shah Rukh Khan


Ia bukan mimpi tetapi adalah suatu realiti. Apakah relevannya ia diberikan kepada artis warganegara lain? Setahu MediaMalaya, pangkat yang membawa gelaran “Datuk” ini kebiasaannya diberikan kepada mereka yang memberi sumbangan terhadap negeri ataupun negara. Contohnya seperti meningkatkan ekonomi negara mengharumkan nama negara dan lain-lain yang berkaitan.

Apakah pula sumbangan yang diberikan “Datuk” Shah Rukh Khan kepada Melaka? Atau mungkin negara? Itu adalah urusan Kerajaan Melaka yang bakal dikupas kelak. Mungkin juga “Datuk” Shah Rukh Khan telah melaburkan banyak wang di dalam industri pelancongan Melaka sehingga beliau telah diperkenankan Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob untuk memberikannya Darjah Mulia Seri Melaka kepadanya.


Gambar Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob

Posted in NgetopComments Off

Undian

Berapa banyak akaun palsu lorang miliki di facebook?

View Results

Loading ... Loading ...

Peminat di Facebook

Ranking Blog