Saturday , October 25 2014
Home / Tag Archives: Lana Nordin (page 2)

Tag Archives: Lana Nordin

Lana Nordin & Nisdawati sekeluarga pergi umrah (5 Gambar)

Lana Nordin dan Nisdawati sekeluarga akan bertolak ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah. Melalui Insta miliknya, Lana Nordin berkata dia baru selesai mengadakan kenduri doa selamat untuk ke tanah suci bersama-sama keluarganya, anak-anak yatim, Nisdawati dan keluarganya. Hmm boleh tak kami kirim doa pada Nisdawati supaya hentikan perbalahan antara dia dan suami dengan Sharnaaz Ahmad? Read More »

Johan As’ari dan Lana Nordin putus hubungan

Johan As’ari difahamkan telah menamatkan hubungannya dengan Lana Nordin sebaik tamat pementasan Bahanya Wanita di Istana Budaya tempoh hari. Johan, sewaktu dihubungi pihak wartawan Harian Metro berkata

Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat

Menurut Johan, keputusan itu dibuat bagi menghormati kepentingan keluarga terutama sekali ibunya. Bak kata orang tua-tua, hubungan kekasih tanpa restu ibu bapa bakal menemui jalan sukar di masa akan datang. Johan didapati mengelak pertanyaan berkaitan ibunya sebaliknya mengakui segala yang telah berlaku adalah kesilapannya sendiri.

Manakala di pihak Lana, dia tidak berasa kecewa tetapi terkejut dengan keputusan Johan ingin memutuskan hubungan yang masih dalam proses mengenali hati budi dan dia menganggap keputusan Johan itu sebagai kelakar.

Saya tak kecewa, tapi saya terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi. Saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

Dia melamar selepas tiga hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.

 

Lana Nordin sudah mula bertudung? (3 Gambar)

Betul ke Lana Nordin sudah mula bertudung? Lana memuat naik gambarnya bertudug yang dihadiahkan oleh Natasha Hudson. Gambar penuh selepas ini. Read More »

counter statistics