Posted on 13 October 2009. Tags: harian metro, kumpulan indie, noh hujan, noh nora danish, noh suka nora danish

Petikan diambil dari Harian Metro
HADIRNYA band indie seperti Hujan dalam arus perdana hiburan tanah air mencetuskan satu fenomena, mengisi ketandusan karya muzik tempatan sekali gus membuka laluan kepada lebih ramai penggiat muzik bebas untuk mencipta nama secara lebih meluas.
Namun, entah mengapa tindakan mereka itu seakan-akan memakan diri sendiri apabila Hujan dikatakan tidak lagi dihormati pengikut ‘underground’ yang masih terikat dengan pemikiran skeptikal dan menganggap muzik underground hanya berhak dinikmati golongan tertentu saja. Read the full story
Posted in Dunia Artis
Posted on 05 June 2009. Tags: artis bercerai, bekas isteri, kumpulan hujan, noh hujan, nora danish

Penulis tidak pasti bilakah gambar ini di’ambil, ia tidak mungkin di’ambil ketika Nora masih dalam pantang, bukan? Sungguh cantik Nora ketika ini, siapakah pula yang mengambil gambar mereka ketika berseronok ini? Noh Hujan atau bekas suaminya? Haha.. Apa pun, enjoy melihat gambar Nora Danish (— antara Hot mama yang terpilih)
Read the full story
Posted in Gossip Panas
Posted on 21 May 2009. Tags: artis bercerai, bekas isteri, kumpulan hujan, noh hujan, nora danish
Berikutan gossip yang tertulis di CAK: Nora Danis, Noh Hujan bercinta? Maka keluarlah kenyataan di akhbar mengatakan Nora Danish sendiri menafikan gossip tersebut. Namun begitu, kenyataan itu bukanlah keluar dari mulut Nora sendiri, tetapi mulut Cik Normah ruangan Hip akhbar Berita Harian.
TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendengar gosip baru-baru ini yang mendakwa kononnya ada sumber terserempak vokalis Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal, Nora Danish di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara. Biar betul, takkan mereka bercinta? Setahu Cik Normah, Noh sedang bahagia dengan kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.
Lagi pun ibu kepada Putera Rayqal itu kalau tak silap Cik Normah sedang sibuk di lokasi penggambaran. Teman sepejabat Cik Normah ada mendengar kenyataan pelakon sitkom Puteri itu menafikan gosip yang melanda ini di stesen Sinar FM. Cik Normah yakin semuanya hanyalah rekaan semata-mata. Atau mungkin wanita itu hanya pelanduk dua serupa?
Cik Normah yakin dan dapat rasakan Nora belum bertemu pengganti kerana hatinya masih tawar dengan apa yang terjadi di dalam rumah tangganya. Tak mustahil Nora akan menjalinkan cinta dengan kekasih orang. Dengan apa yang berlaku pada peribadinya, tak mungkin Nora sanggup merosakkan kebahagiaan orang lain.
Kepada Nora, Cik Normah harap dia akan terus tabah dan kuat semangat meneruskan kehidupan mendatang. Jangan pedulikan perkara yang boleh menjejaskan diri. Kalau nak tip untuk tegar menghadapi dugaan, datang jumpa Cik Normah. Cik Normah sudi berkongsi dengan Nora.
Lagi pun, Cik Normah yakin jika dia mampu menghadapi pancaroba yang melanda perkahwinannya selama ini, mustahil Nora akan mudah melatah dengan gosip sembarangan ini. Cuma Cik Normah faham perasaan perempuan macam kami ini mudah sensitif dan ada kalanya boleh sakit hati mendengar kisah yang tidak benar dan memualkan ini.
Posted in Gossip Panas
Posted on 17 May 2009. Tags: artis bercerai, bekas isteri, kumpulan hujan, noh hujan, nora danish
MACAM tidak percaya, namun itu yang diceritakan oleh rakan CAK baru-baru ini yang terserempak dengan vokalis kontroversi kumpulan Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal yang comel, Nora Danish berjalan berdua-duaan di sebuah pusat membeli-belah di Mutiara Damansara.
Kata kawan CAK, pada mulanya mereka tidak perasan siapa di samping Nora kerana si jejaka itu menutup mulutnya dengan baju yang dipakai kerana tidak mahu dikenali. Namun, macam mana hendak menyorok kalau diri itu memang popular. Read the full story
Posted in Gossip Panas