Sunday , June 24 2018
Home / Dunia Artis / Takziah, bapa Zain Saidin meninggal dunia

Takziah, bapa Zain Saidin meninggal dunia

1-Mohd-Saidin-Meninggal-Dunia

Salam takziah kami ucapkan buat pelakon Zain dan Sasha Saidin di atas pemergian ayah tersayang, Mohd Saidin Othman.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir disamping ahli keluarga pada 10 Mei 2016, jam 8.45 malam di Hospital Melaka.

Berita sedih ini dikongsikan bersama peminat Instagram peribadi Sasha. Menurut selebriti tersebut, ayahnya pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana komplikasi lain.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kamariah, Gombak selepas solat zohor hari ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Johan As’ari minta Polis siasat rumah Tun M (3 Gambar)

Umum ramai ketahui, kini sedang rancak Pihak Berkuasa sedang menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ...

counter statistics