Friday , September 30 2016
Home / Dunia Artis / Tan Sri Jins Shamsuddin Makin Lemah Ingatan

Tan Sri Jins Shamsuddin Makin Lemah Ingatan

Seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin semakin lemah sehingga sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang datang melawatnya.

“Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling,” ujar Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli ketika menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Difahamkan, walaupun ingatannya semakin lemah tetapi memori mengenai industri perfileman negara tetap tidak luntur. Malah Jins dikatakan masih ingin berkhidmat dalam industri seni dan bekerja seperti biasa.

Antara rakan seperjuangan yang hadir dalam program ziarah ini ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

4 comments

  1. Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepadamu hamba Mu agar dapat menghindari segala kesesatan dan Kau berikan Hamba Mu kesihatan yang baik agar dapat Hamba Mu beribadat kepadaMu.. Amin…

  2. dh tua mmgla akn jd x igt aka nyanyok.. bersara je la.. nk koje ape lg dh tua..dok umh rht sudaaa

  3. Harap Tan Sri dan keluarga bersabar banyak2… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

counter statistics