Tuesday , October 17 2017
Home / Dunia Artis / Tasha Shila & Hans Wong, berkawan selepas putus cinta

Tasha Shila & Hans Wong, berkawan selepas putus cinta

Selepas putus cinta dengan kekasihnya, Hans Wong pada awal Mei yang lalu. Tasha telah muhasabah dirinya untuk membuang perasan marah terhadap Hans. Namun, berpunca dari itu telah merapatkan semula hubungan Tasha bersama kekasihnya walaupun hanya sebagai sahabat.

Gosip ini dikuatkan lagi apabila Hans telah memuat naik beberapa keping gambar beserta caption yang meyakinkan kami mereka kini sudah berbaik semula.

Caption yang ditulis Hans berbunyi

Dinner time with my beautiful lady who always by my side ??

Tasha yang ditemui media berhubung perkara ini telah berkata bahawa tidak semestinya apabila berpisah dengan pasangan bermakna sudah boleh berkawan lagi. Namun, kami beranggapan berbeza dan kami hanya ingin memberikan tagline buat Tasha “Friends With Benefit“. Heh!

Kenyataan Tasha berkenaan gambar itu

Tidak semestinya bila sudah berpisah kita tidak boleh berkawan semula dengan bekas kekasih kerana ia merupakan perkara biasa untuk pasangan yang pernah bercinta. Setelah bermuhasabah diri, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berdendam dengannya kerana di dunia ini tidak baik untuk bermusuh-musuhan sesama manusia.

Buat masa sekarang ini saya dan dia bersahabat baik kerana masing-masing ingin memberi fokus terhadap kerjaya masing-masing dahulu kerana kami tidak mahu terikat dengan apa-apa hubungan. Kerana dulu kami sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak jadi kini saya serahkan semuanya kepada Allah mengenai soal jodoh kerana itu merupakan perancangan terbaik-Nya

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Koleksi Umie Nazeera dan suami berbulan madu di Eropah (16 Gambar)

Diam-diam kini sudah 2 bulan Ummi Nazeera bergelar isteri kepada Dr. Mohd Izzar Anwari. Mereka ...

counter statistics