Teman lelaki Nabila Huda bernama Bert yang sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan Amy Search di Instagram gara-gara bergambar bersama disebuah Pulau telah tampil berjumpa artis tersebut.

Bert, seorang pengurus restoran di Damansara dikatakan telah bertemu dengan amy Search pada awal Syawal untuk berbincang dan mendapatkan restu untuk berkahwin dengan Nabila.

Selepas berita gembira Nabila kembali ke pangkuan ayahnya pada Hari Raya yang lepas, kita mungkin mendapat berita gembira bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Nabila enggan memberi sebarang komen ketika ditemui di Majlis Pelancaran filem biografi Saloma di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru- baru ini.