koleksi-samunSudah jatuh ditimpa tangga, pepatah Melayu yang sesuai dikaitkan dengan nasib Mawi yang mana sebelum ini heboh mengenai gambar berlenggengnya yang tersebar luas diinternet.

Sumber dipetik dari Utusan Malaysia:

Polis menembak mati dua penjenayah yang memecah masuk rumah ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau Mawi di Felda Taib Andak di sini kira-kira pukul 4 pagi ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua penjenayah itu ditembak mati di luar rumah semasa cuba melarikan diri.

“Penjenayah terbabit dipercayai warga Indonesia dan dua lagi sedang giat diburu oleh polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 63, dan keluarga Mawi iaitu abang ipar, kakak dan anak saudaranya berada di dalam rumah.

Polis berkata, kesemua mereka selamat dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.