Tuesday , August 22 2017
Home / Dunia Artis / Tiada teman lelaki, Izreen Azminda lebih rela dari makan hati (4 Gambar)

Tiada teman lelaki, Izreen Azminda lebih rela dari makan hati (4 Gambar)

Agak mengejutkan kenyataan yang diberikan pelakon, Izreen Azminda baru-baru ini apabila dia lebih selesa tidak mempunyai teman lelaki dari terus makan hati gara-gara memilikinya.

Dipetik Izreen berkata

Jujurnya, pada waktu ini apa yang boleh saya katakan ialah, saya sudah tertutup untuk kenal mana-mana lelaki. Yang lepas tu lepaslah dan kalau boleh saya tak mahu fikirkan soal teman hidup kerana bagi saya ia buang masa kerana ada ketikanya, hubungan yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan.

Izreen mengambil pelakon Nabila Huda dan suami sebagai contoh untuk dijadikan panduan dimana masing-masing boleh ‘go on’ dan bahagia walaupun telah berpisah.

Saya suka tengok pasangan Nabila Huda dan suami. Mereka ibarat saling melengkapi dan punya minat yang sama. Sebab itulah mereka boleh ‘go on’ dan bahagia. Alangkah bahagianya kalau saya juga punya teman yang sedemikian. Tapi itulah, bila tanya saya soal jodoh dan teman lelaki, saya mulai rasa takut dan tak mahu fikir lebih-lebih.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Stacy Angie dikecam gara-gara mewarnakan rambunya dan anak (3 Gambar)

Lumrah peminat pasti akan ada saje kecaman yang dibuat tidak kira apa artis idola mereka ...

counter statistics