Atas permintaan melalui email, video filem terbaru Prof. A. Razak Mohaideen bertajuk Bujang Terlajak diminta untuk dipaparkan di blog kami. Walaupun dalam email tersebut nama di atas nama, kami tetap menerimanya dan memberi sokongan terhadap pilem Malaisyah.
Pilem ni nampak macam best sebab gandingan mantap tiga pelawak Saiful Apek, Johan & Nabil dan awek yang malatop yaitu Fazura. Kami berharap agar tidak tertipu lagi dengan kelawakan di dalam gazette ini seperti pilem Raya Tak Jadi. Sinopsis pilem ini after the jump.
Bujang Telajak merupakan sebuah filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, mengisahkan tentang tiga orang rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis. Saiful, Nabil dan Johan merupakan tiga orang ahli silap mata professional.
Ketika sedang membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan keayuan dan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura). Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa Puteri merupakan seorang guru tadika dan juga model sambilan.
Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim. Dia diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu, Saiful mula menyamar sebagai seorang yang buta untuk menambat hati Puteri. Menyedari bahawa Saiful mengetahui rahsia bagi memenangi hati Puteri, Nabil dan Johan pula menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu untuk memikat Puteri.
Sepanjang tempoh penyamaran itu, mereka menggunakan pelbagai helah untuk meraih kasih Puteri termasuk cuba menggagalkan rancangan antara satu sama lain.
saya dah tgk trailer dia ms tgk hantu bonceng kat wayang…satu je xfhm, masa kuar gamba fazura, ade ayat "gadis selesa"…ape maksudnya tu?
a ha.. apa maksud ayat "gadis selesa.. tu"?
Takmo tengok b4 bace review org lain.. Dah penat tetipu dgn filem2 prof razak
sudah la prof razak,henti-hentikan la buat filem yang memalukan industri filem tempatan..dari dulu sampai sekarang takde satu pon filem yang berkualiti, cume bermodalkan artis popular je.
profesor taik kang kong… asal buat cerita semua dah mcm haram aje…
maksudnya gadis yang sempurna dan ciri-ciri yang diingini oleh 'Bujang telajak' tu laa…