Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) akan mengadakan satu sidang akhbar khas bagi menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah ini berlaku. Manakala bagi pihak Yuna, dia berasa terkilan dan menganggap perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij.

Pada majlis AIM18 pada 12 November lalu, Yuna telah diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.