Thursday , November 22 2018
Home / Dunia Artis / Uqasha Senrose ditahan polis kerana memiliki dadah selepas berlaku kemalangan

Uqasha Senrose ditahan polis kerana memiliki dadah selepas berlaku kemalangan

Pelakon popular yang juga kakak kepada dua pelakon, Uqasha Senrose telah ditahan polis gara-gara dalam keadaan berkhayal dan memiliki sejumlah dadah jenis Erimin 5 dalam tas tangannya selepas berlaku kemalangan dengan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, dadah yang ditemui dianggarkan sebanyak 53 biji berharga sekitar RM660 namun ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon itu didapati negatif. Uqasha bakal didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan jika disabitkan bersalah, dia akan didenda sebanyak RM100 ribu dan penjara maksima 5 tahun.

Menurut cakap-cakap makcik bawang di forum, Uqasha sebelum ini pernah melanggar kenderaan mangsa berbeza namun diselesaikan secara peribadi. Uqasha juga disebut mempunyai geng-geng khayal dan antara nama yang disebut ialah Nabila Huda, Tizz Zaqyah dan beberapa selebriti liar yang lain.

Melalui kenyataan terkini daripada Uqasha, dia menafikan mengambil dadah jenis Erimin 5 kerana didapati negatif dalam ujian saringan air kencing. Namun daripada pengalaman mereka yang mengambil dadah jenis ini, ia memang sukar untuk mengesan dadah ini melalui ujian saringan air kencing.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Johan As’ari minta Polis siasat rumah Tun M (3 Gambar)

Umum ramai ketahui, kini sedang rancak Pihak Berkuasa sedang menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ...

counter statistics