Wednesday , May 23 2018
Home / Dunia Artis / Uqasha Senrose mengaku sudah tidak berhijab

Uqasha Senrose mengaku sudah tidak berhijab

Uqasha-Senrose-Buka-Hijab-MEDIAMALAYA

Pelakon, Uqasha Senrose telah membuka mulut dan mengakui bahawa dia kini telah membuka hijab. Menurut pengakuannya itu, sepanjang 3 tahun imannya tidak tetap dan keputusannya berhijab adalah kerana kecewa selepas putus cinta. Menurutnya lagi, keputusan itu bukanlah untuk mempermainkan agama dan hanya ingin menjadi diri sendiri.

Berikut adalah pengakuan selebriti tersebut

Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai.

 

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Fazura bertudung penuh pada bulan Ramadan (8 Gambar)

Ramai yang mulai perasan perubahan pada Fazura sejak hari pertama berpuasa. Mana taknya, dia kini ...

counter statistics