Satu video lucah dikatakan mirip pelakon Eyka Farhana telah viral baru-baru ini walaupun ia telah dikongsi sejak Julai lalu menerusi laman Youtube. Menurut Eyka, dia menyedari tentang kewujudan video itu selepas beberapa rakannya bertanyakan mengenai kesahihan perkara itu.

“Itu bukan saya… saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.”

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,”

Eyka dikatakan akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut dalam jangka masa terdekat. Dia berharap agar individu yang memuat naik dan menggunakan namanya di dalam video itu supaya henti mengkhianatinya dengan membuang video dan namanya.