Pasangan suami isteri yang kontroversi tahun lalu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bakal menimang anak kedua dan melalui kenyataan isterinya Wawa, dia mengharapkan anak perempuan hadir dalam keluarga mereka.

Perkahwinan mereka pernah menjadi kontroversi kerana diadakan tanpa pengetahun media pada 25 Februari 2012 dan telah dikurniakan anak pertama diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini.

Dipetik Wawa Zainal berkata

Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga