Tahniah kami ucapkan kepada Yatt Hamzah dan suami kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam. Bayi comel tersebut dilahirkan dengan berat 3 kilogram di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju pada jam 9.14 pagi.

Sebagai nota, Yatt Hamzah telah berkahwin dengan Mohammad zulfadhli pada Februari lalu dan ini merupakan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Dipetik Yatt berkata

Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah. Isteri saya dimasukkan hospital semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi.

Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama. Tak kira jauh atau dekat, kami amat hargai doa dan kasih sayang mereka