Sunday , December 11 2016
Home / Dunia Artis / “Zaiton Ceritaku” hanya raih RM100 ribu di minggu pertama

“Zaiton Ceritaku” hanya raih RM100 ribu di minggu pertama

Sedap lagu di atas ni. Lagu bertajuk Meraih Harapan ini telah dinyanyikan oleh Zaiton Sameon dan merupakan juara lagu pada tahun 1987. Heh kami pun baru berusia 5 tahun, ape kami tau kami wiki saje. Namun filem arahan Esma Daniel bertajuk “Zaiton Ceritaku” yang menceritakan pahit getir perjalanan hidop Zaiton Sameon ini gagal membawa penonton ke panggung wayang apabila hanya meraih RM100 ribu pada minggu pertama.

Filem ini terpaksa dihentikan tayangannya kerana sambutan yang dingin. Sebagai nota, pembikinan filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pada pendapat kami, terlalu lewat untuk memfilemkan perjalanan hidop artis kerana menceritakan perjalanan hidup artis belum menjadi trendy di tanahair kita.

Dipetik kata-kata Esma Daniel “Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan.”

Sumber dipetik: mStar Online

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Majlis Pernikahan AG Coco dan Zuliana Eusoff (4 Gambar)

AG Coco, seorang gitaris kumpulan Indie popular Hujan atau nama penuhnya Mohd Hezry Mohd Hafidz ...

9 comments

  1. MASIH "MENARUH HARAPAN"? Cite lawan2 dan hantu2 pun cukup2 makan ni lak cite sal penyanyi yang syok sendiri…buang duit je! Kalau buat cite sal Dato Siti ke, de lah gak org p tgk..dah lah harga tiket sama mahal dgn cite luar..ishh3x..eton eton

  2. buat cite org yg bkn lagenda mcm mane nk laku…. buat lah cite org yg ada nama kit.. mungkin laku… lagipun pelakon dia tak glamor lah…

  3. mmmmm MORAL OF THE STORY: Kaji dulu PASARAN B4 buat MOVIE…. x pasal2 karang RUGI… opsss jangan buat untuk SYOK SENDIRI dahlah…. kalau ader TIKET FREE pun aku x pegi….. sorryyyyy NOT MY FAV MOVIE

  4. aku lgsg xtau kewujudan citer ni…aku cume tunggu citer twilight je..tgk 3-4 kt wyg pun aku sanggup…kalo cite melayu ni toksahlaa tgk….xde kualiti selain yg wt filem tu mempunyai iq rendah

  5. mungkin barisan pelakon yg tak berapa mantap..,,, may be

  6. tak best langsung….memang ptt berhenti pun filem cenggini…

  7. pernah tengok cite omputih ni…mamat ni kena kurung dalam kotak, dengan pasir mencurah curah masuk…tunjuk dia dalam kotak tu je memanjang…tapi menarik…boleh layan la…Kenapa kita tak boleh buat cerita yg simple tetapi menarik untuk ditengok ek….

  8. kalau banar pun tak nak tengok,jgnlah smpai kata mcani. Kata tak legend lah apa,cerita ne dpt mberi kita pengajaran. Cerita melayu tak kalah menariknya dri cerita twilight atau cerita org putih tu.

  9. ini Malaysia..bukan Hollywood.. banyak ke arah popularity dan superficial. Kena buat filem tak berkualiti barulah meletop. Sbbtulah filem malaysia masih di takuk lama. Asyik hantu, comedy dan cinta sepanjang zaman. Sekian.

counter statistics