Tak paham mak! Mungkin itu yang uols akan sebut mengenai kisah mereka ini. Selepas tersebarnya beberapa keping gambar “mesra” antara Jalani Sidek dan Zaleha Mohd Khalid yang juga dikatakan punca keretakan rumahtangga Raja Azmi di Berita Minggu beberapa hari lepas.

Hari ini, Zaleha telah menafikan bahawa dia dan Jalani bercinta. Dia juga menafikan menyebut perkataan cinta semasa ditemuramah oleh wartawan akhbar tersebut dan berlaku kesilapan pada tajuk artikel tersebut. Apa yang pasti, Zaleha mengaku secara keseluruhan isi artikel yang dikeluarkan adalah benar. Apakah ini semua yo!