Heboh di laman twitter apabila pelakon remaja kontroversi, Zarina Anjoulie telah meluahkan kemarahan ke atas seorang penyanyi berasal dari Singapura iaitu Aliff Aziz atas sebab hanya mereka yang tahu.

Dalam petikan disebut, Zarina menuduh Aliff Aziz sebagai penipu dan memintanya supaya memohon maaf secara peribadi atas kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Zarina juga tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan pihak media mengenai apa yang berlaku pada malam itu.

Zarina juga telah memuat naik dua keping gambar di mana mereka kelihatan mesra sebelum waktu kejadian. Masih tidak pasti apa yang berlaku antara mereka berdua, banyak pihak masih menunggu luahan Zarina di laman twitternya.

Gambar kemesraan after the jump.