Monday , November 20 2017
Home / Gossip Panas / Zarina Anjoulie sah bercerai

Zarina Anjoulie sah bercerai

Pelakon yang satu ketika dahulu pernah terlibat dalam pelbagai kontroversi, Zarina Anjoulie telah mengakui bahawa sudah berpisah dengan suaminya, seorang warga Brunei, Pengiran Mohd Ilham Syazwan pada 18 Disember lalu.

Pelakon tersebut pernah memuat naik sekeping gambar di Instagram berbunyi, “Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this” dan berlaku kekecohan ketika itu namun dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan sehinggalah pada hari ini mengakui sudah bergelar ibu tunggal.

Pasangan tersebut saling kenal mengenali menerusi Instagram sekitar November 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 8 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia 6 bulan.

Menurut Zarina, punca utama perceraian itu disebabkan usia suaminya yang terlalu muda ketika berkahwin dia melarat selepas mendapat anak di mana keretakan rumah tangga mereka sukar lagi dibendung.

Semoga Zarina tabah menghadapi masa-masa akan datang dan kami ucapkan semoga cepat bertemu jodoh baharu.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Nur Sajat cuba buktikan kewanitaan, tunjuk darah kotor

Siapa tidak kenal usahawan terkenal, Nur Sajat. Ada saja cerita pelik daripada dia bermula dengan ...

counter statistics