Kerana dek tak puas hati dengan produksi Muzikal Tun Mahathir (MTM) mengurangkan RM3 ribu daripada bayaran RM15 ribu pada musim pertama untuk musim yang kedua, Zizan Nin melalui pengurusannya meletakkan harga yang tak munasabah iaitu setinggi RM40 ribu.

Di bawah beberapa petikan yang kami rase hawt dan perlu diingat.

Saya pun tahu harga RM40 ribu itu tidak munasabah, tapi kenapa Kak Roy tidak berbincang lebih lanjut dengan saya?, kata pengurusan Zizan Nin, Syahrizan

OMG! OMG! Teruknye statement ni kan? Kalau kita pergi kedai jual kereta, kita tanya harga sebuah kereta kancil second hand. Salesman letak harga RM40 ribu sedangkan kita tau nilai dia tidak lebih daripada RM15 ribu. Nak buat apa negotiate lagi betul tak? Confirm paling nego pun dapatlah RM35 ribu, tak gitu.

Tindakan Kak Roy bijak kerana membuat keputusan begitu, banyak lagi artis yang more talented dari Zizan Nin, Que Haidar contohnya tapi sayang dia dah kene gari tapi memang banyak lagi artis lain ok.

Pada tanggapan kami, kedua-duanya salah dan kedua-duanya bengap. Pengurusan Zizan Nin terlalu emosi dengan pengurangan bayaran sebanyak RM 3 ribu daripada bayaran musim pertama kemudian meletakkan bayaran melampau setinggi RM40 ribu. Manakala produksi MTM pula, berurusan hanya melalui SMS. Duh?! Buat Zizan Nin, jangan risaukan die. Die serahkan bulat-bulat kepada pengurusannya. Yela ibarat lembu yang diikat di hidung. Tanya die pun tak guna. Kah kah kah!

Ha sekarang dua-dua dapat malu kerana berurusan secara tidak profesional. Bleh!