Sunday , June 24 2018
Home / Gossip Panas / Zizan Razak diambang kejatuhan, ini respon beliau

Zizan Razak diambang kejatuhan, ini respon beliau

Zizan-Razak-Kejatuhan-MEDIAMALAYA

Tahun ini boleh dikatakan tahun suwey buat Zizan Razak apabila terpalit pelbagai kontroversi bermula dengan kisah bercumbu dengan kekasih di dalam kapal terbang sehinggalah melanggan perempuan di sebuah pusat karaoke terkemuka di Indonesia.

Ramai pihak meramal Zizan sedang berada di ambang kejatuhan kariernya namun buat pelawak itu tiadalah istilah kejatuhan tersebut dan menganggap apa yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah.

Dipetik Zizan Razak berkata

Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah. Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada.

Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui. Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak.

Semoga apa yang telah berlaku menjadi iktibar buat mereka yang terlibat dengan dunia seni ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Mufti jemput Faiz Roslan hadir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Faiz Roslan ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan video viral berpakaian wanita dan ...

counter statistics