Tuesday , September 27 2016
Home / Gossip Panas / Zizan Razak & Emma Maembong bercumbu dalam kapal terbang?

Zizan Razak & Emma Maembong bercumbu dalam kapal terbang?

Gambar sekadar hiasan

Apa dah jadi dengan Zizan dan Emma? Begitulah gosipnya melalui portal Utusan Malaysia menyampaikan kisah bercumbu di dalam kapal terbang.

Ceritanya begini, seorang penumpang bernama Miss J memberitahu Zizan duduk bersebelahan Emma di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles tanpa segan silu bercumbuan. Betul ke ni? Walaupun setakat cium pipi namun itu juga dikategorikan sebagai aksi yang kurang sopan.

Baca laporan penuh itu selepas ini.

SEORANG teman Miss J sudah sampaikan cerita pasal Zizan Raja Lawak.

Katanya, dia ternampak di depan matanya yang Zizan dan Emma Maembong bercumbuan dalam kapal terbang semasa mereka dalam perjalanan menuju ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat tempoh hari.

Umum pun tahu memang sekarang ini mereka berdua berada di LA bersama Wirefame Entertainment. Tak cuma berdua tetapi turut disertai Kaka dan pihak pengurusan Wirefame.

Tak kisahlah pasal percutian itu. Ceritanya sekarang, kenapa Zizan nak tayang aksi macam itu dalam kapal terbang yang sah-sahlah bukan mereka berdua saja yang ada. Ramai lagi penumpang lain yang tentu-tentu punya mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan mengenai mereka.

Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?

Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.

Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku. Habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah? Macam itu? Ke sebab ada nyamuk kat pipi Emma? Kalau ada nyamuk tak payah cium, tampar pakai tangan pun boleh.

Apa pun, Miss J memang tak berkenanlah cara Zizan itu. Bukanlah sebab Miss J ini ortodoks atau konservatif sangat.

Iyalah, kalau nak cium boleh… kahwinlah cepat-cepat. Hati kalau dah suka, tunggu lama-lama buat apa? Betul tak?

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

2 comments

  1. Zizan pn bkn elok prangai..terkinja2 je lbh..emma konon da pki tudung tp prangai mcm jamban..2 org ni same je bodo xde maruah…puiihh

  2. da tau zizan kaki sOntOt artis p’puan gf die c minah saleh celup tue pOwn da kna sbb tue lr lua ngri knOn2nye

counter statistics