Pelakon Almy Nadia dan kekasihnya, Fizz Fairuz bakal menamatkan zaman bujang mereka, Sabtu ini dan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar.
Menurut Almy, setakat ini persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.
Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal
Ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.
Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja