Sunday , March 26 2023

5 Didakwa kerana menghina Sultan

114

Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

115

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

116

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

117

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Dato’ Dr Noraini Ahmad dikecam anjurkan pertandingan TikTok

Dato’ Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik …

8 comments

  1. Cina tak ku heran! tp kalau melayu ni apa ke jadah? tak sedar dek untung! Kalau aku majikan derang ni, tindakan buang kerja akan di ambil.

  2. hak kebebasan bersuara kt mane?

    stakat nak luahkan perasaan sendiri kt internet pun kene tangkap. ape maksud x sdar dek untung? adakah sultan bagi anda komisyen? best sgt ke turut kata2 'org atas' walaupun tahu bende nya salah.

    Tuhan melebihi segala2nya…

  3. sapa kata kita turut kata org2 atas dlm benda2 yg slh..
    mmg betul Allah melebihi segala2nya..Allah mengetahui segala2nya..
    dh mmg dia org hina Sultan..terima jelah tuduhan tu,dakwaan tu..kalo org kata awk terima komisyen dr pembangkang awak suka ke?
    -jgn marah ye..stakat nk luahkan prasaan kt internet-

  4. x takut kena 'tulah' ker tu?
    nie mesti tak hayati sejarah!

  5. lebih baik diam daripada bercakap 1tu adalah hadis nabi.
    fitnah menfitnah adalah berdosa besar lebih teruk daripada membunuh oleh itu sedarlah saudara n saudari.dunia makin penghujung zaman

  6. nampaknya semua comment ni tak pakai otak je,bodoh betul la semua ni.Tidak mengenang budi depa,malah mencaci mereka yang tertuduh ternanya…..Hang semua ni,bangunlah sebelum disembahyangkan….

  7. dunia politik yg begitu mengasyikkan zzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZ

  8. Tak tau la i sekarang ni di msia…sejak pembakang memerintah ni ada2 aje yg tak kena…
    Cuba la kita hidup di msia ni hidup aman tak yah la nak kutuk2 nak jadi mcm orang arab la kita ni sudah
    selalu je gaduh tak sekata.ni tak betul nis salah..apa lah