Monday , March 27 2023

Abby Abadi temui kekasih baru? Seorang ustaz (3 Gambar)

Walaupun perkahwinannya gagal sebanyak dua kali, itu tidak bermakna ia menemui jalan buntu untuk bercinta semula. Baru-baru ini di Insta milik Abby telah memuat naik sekeping gambar dengan caption yang agak kontroversi. Caption tersebut seolah-olah lelaki di dalam gambar itu adalah kekasihnya (rujuk gambar di atas).

Menariknya, salah satu komen di gambar tersebut merupakan teman baik Abby Abadi iaitu Azza Elite. Komen Azza dilihat seperti mengiyakan hubungan mereka berdua.

Jejaka itu bernama Ustaz Khairul Azli. Jika benar mereka bercinta, seeloknya dipercepatkan majlis pernikahan supaya tidak difitnah dengan cerita kurang enak, maklumlah Abby seorang selebriti. Kalau boleh, jangan juga merahsiakan perkahwinan kerana ia juga mengundang fitnah. Ehem!

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …