Monday , March 27 2023

Abby Abadi umum kini hamil 1 bulan

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi telah mengumumkan bahawa sedang hamil sebulan hasil perkahwinan terbaharunya dengan Muhammad Faizal Zakari. Dipetik Abby berkata

“Alhamdulillah, syukur. Banyak kali saya berfikir sama ada mahu berkongsi atau tidak kerana bimbang jika terjadi apa-apa kerana kandungan masih baharu.

“Selepas berbincang dengan suami, kami bersedia berkongsi berita gembira ini. Saya tidak mahu berfikir yang negatif dan berharap keinginan untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan, insya-Allah,” katanya.

“Saya mengharapkan doa orang ramai supaya dapat melalui tempoh hamil ini dalam keadaan sihat. Tidak mengapa jika lelaki atau perempuan, asalkan sihat walafiat. Dapat seorang pun Alhamdulillah, tetapi kalau dapat kembar dua atau tiga lagi okay.

“Apapun, doakan kandungan saya kali ini dapat melihat dunia. Sudah lama tidak ‘membawa’ perut, jadi saya mohon doa semua,” katanya kepada BharianOnline.

 

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …