Good Afternoon uols! Dalam newspaper ari ni, Adeline Tsen telah mengeluarkan statement bahawa dia dan Fahrin Ahmad hanya sekadar kawan mase kantoi gambar keluar dating bersama kami post bulan Mei yang lepas. 4 bulan jugak yek fikirkan apa yang perlu dijawab. Antara statement Adeline ialah

Saya mengenali Fahrin Ahmad sejak April lalu dan selesa berkawan dengannya. Dia matang dalam banyak perkara. Tambah pula dia lebih dulu menceburkan diri dalam bidang seni. Sudah pasti banyak perkara dan pengalaman boleh dikongsi bersama.

Setakat ini memang kami berkawan dan tidak menyangka tindakan keluar minum bersama disebarkan di internet dan menjadi cerita sensasi. Hakikatnya saya hanya minum dengannya sekali saja.

Memandangkan kami sibuk dengan komitmen masing-masing, kami jarang bertemu.Cuma kadangkala kami bertanyakan khabar menerusi SMS dan BBM.

Haa itu die keluar ayat coverline uols! Jangan pulak tibe-tibe dengar cerite kurang elok kene pukul ke putus cinta ke pulak kan lepas ni. Apa pun kalau Adeline Tsen bercinta dengan Fahrin Ahmad pun apa salahnya, bagai pinang dibelah dua. Lagi gambar close-up Adeline Tsen yang comel di bawah