Beberapa minggu lepas, Amiruddin telah memuat naik sekeping gambar selfie Adi Putra yang hanya bertuala di dalam bilik mandi dipercayai dikongsi kepada bekas isterinya, Noraida Mutalib melalui perisian WhatsApp.

BACA: Ady Putra Diam Seribu Bahasa, Amiruddin Post Gambar Ady Putra Bertuala (3 Gambar)

Namun begitu, Adi Putra ketika ditemubual semalam berkata bahawa dia tidak akan mengambil tindakan lanjut terhadap penyebar gambar tersebut. Dia menganggap perkara itu sudah lama selesai dan isu gambarnya bertuala tidak menghalang untuk dia bergiat aktif dalam kariernya.

Baca jawapan penuh Adi Putra selepas ini.

Saya tidak ambil peduli sangat tentang perkara ini kerana pada saya ianya sudah lama selesai dan isu itu tidak menghalang saya untuk terus memberi impak dalam teater ini. Saya tidak mahu komen banyak tentang hal itu. Saya pun tidak marah pada pihak yang memuat naik foto itu kerana siapa lah saya yang kerdil ini. Apa yang penting saya bersabar.