Lumrah hidup sebagai seorang artis, kalau tak tahan godaan pasti bermacam dugaan. Terbaru, Ady Putra kini dalam proses perceraian dengan isterinya, Aida Yusof.

Permohonan perceraian itu disahkan oleh pelakon itu sendiri di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur pada 11 Mei 2012. Ady tidak mahu bercerita lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang ia akan mengaibkan orang lain.

Perpisahan tersebut bukan mengenai isu tidak mendapat anak sepanjang perkahwinan atau pun ada orang ketiga tetapi masalah dalaman suami isteri. Kalau tak silap, Aida Yusof ni, satu ketika dulu isteri seorang artis juga kan?