Kemelut antara pasangan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal dengan MIG dan David Teo nampaknya masih belum ada tanda-tanda berbaik.

Sebagai nota, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menyorokkan perkahwinan mereka kerana takut dimarahi pihak pengurusan MIG kerana masih mempunyai perjanjian kontrak.

Berita terbaru, isu kehilangan kereta Suzuki Swift milik Wawa Zainal pada bulan Julai lalu terbongkar apabila siasatan polis mendapati kereta itu diambil pihak pengurusan MIG kerana didaftar di atas syarikat MIG.

Kereta itu dibeli Wawa namun kerana tidak mencukupi syarat-syarat pembelian kereta, ia didaftarkan atas nama syarikat tersebut.

Pihak pengurusan MIG berusaha meminta pihak polis menarik balik laporan tersebut namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana masih dalam siasatan.

Menariknya, suami Wawa, Aeril Zafrel berkata, dia tidak mahukan kenderaan tersebut namun memohon jasa baik pihak pengurusan MIG atau David Teo memulangkan dokumen penting dan pakaian yang berada di dalam kereta ketika ia di ambil.