Bila Harimau Sudah Menaip merupakan sebuah blog berceritakan politik. Kami gemarkannya dan merupakan subscriber turun-temurun. Namun entri terbarunya beralih arah mengenai kisah cara Ahmad Idham yang bongkak menjawab teguran peminat berkenaan filem Hantu Bonceng arahannya.

Mengenai email yang dihantar peminat, uolls boleh bace direct di blog tersebut. Yang menarik perhatian kami, cara jutawan banyak kutil ni menjawab teguran peminat yang agak bongkak. Baca berita penuh untuk lihat jawapannya.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.

Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama.

Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.

Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…