Gambar Hiasan [via]
Petikan diambil dari Berita Harian
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon Aida Aris atas perkahwinannya dengan Farid, atau nama penuhnya, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussein, yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. Kedua-duanya berusia 38 tahun.
Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada 2005, manakala pasangannya itu pula dikatakan seorang duda. Kiranya, jodoh mereka memang kena. Sebelum bercinta dengan Farid, Aida pernah keluar bersama penyanyi utama Handy Black, Zul.
Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hulu Klang, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi. Cik Normah yakin, selain rakan media yang memang tak sabar hendak melihat pelakon cantik ini naik pelamin, teman seperjuangan Aida juga akan memeriahkan acara terbabit. Mungkin ada antara teman yang datang tu berharap, tempias pernikahan Aida akan terkena kepada mereka pula nanti.
Macam mana ye naik pelamin di-bolan puasa ni. Jarang-jarang dibuat orang. Luahkan perasaan anda sempena Raya di Taip @Apasuka!
bagus apa nikah bulan ramadhan..penuh keberkatan.. kenduri kendara lepas raye aaaa