Saturday , June 10 2023

Aidil Zafuan diarah bayar nafkah RM3 ribu sebulan

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada hari ini telah memerintahkan pemain pertahanan kelab JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak untuk membayar nafkah anak-anaknya kepada bekas isterinya, Rita Rudaini sebanyak RM3 ribu sebulan.

Aidil juga diarahkan supaya membayar jumlah tersebut ke dalam akaun Maybank bekas isterinya selewat-lewatnya 5 haribulan pada setiap bulan.

Sebelum ini, Rita Rudaini telah menuntut sebanyak RM5,392 sebulan sebagai nafkah untuk dua orang anak mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna termasuklah perbelanjaan makan minum, pengasuh, lampin pakai buang, tempat tinggal dan percutian.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …